Membakar Kambing Perap Style BBQ Malaysia

TIPS (1)
Apa yang perlu anda lakukan jika tetiba api arang menyala dengan maraknya cam nak terbakar BBQ Pit tu? Panik???😱🔥

SEMBUR AIR terus kepada arang yang menyala tadi. ELAKKAN menyembur air dari atas sehingga terkena daging yang sedang dibakar. Tindakan ini akan menyebabkan perisa perapan terjejas dan daging kambing boleh menjadi tawar.

Selalunya kami akan siapkan botol penyembur yang diisi dengan air sebelum aktiviti BBQ.

TIPS (2)
Nyalaan arang tetiba marak menunjukkan kambing yang dibakar hampir masak. Situasi ini berlaku kerana lemak yang terdapat di dalam daging tersebut mulai cair ( Kandungan air dalam kambing telah berkurang) Lazimnya 3-5 minit sahaja diperlukan untuk membakar daging kambing.

TIP (3)
Ketepikan kambing yang telah siap dimasak ke sisi grill (bahagian yang kurang panas) seketika sebelum dihidangkan. Proses ini kami panggil ‘waktu rehat’. Ini adalah bagi memastikan isi di bahagian dalam kambing masak sepenuhnya (tidak terlalu mentah).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X