Perbezaan Gula Putih, Perang dan Molases

Gula Putih 
Merupakan gula yang diproses dari tebu sehingga menjadi warna putih iaitu melalui proses bleaching.

Gula Perang pula melalui proses yang sama seperti gula putih yang membezakan gula perang dan gula putih adalah gula perang telah ditambah molases yang menjadikan dia warna perang. Selain itu, gula perang juga masih ada sedikit mineral penting seperti kalsium, magnesium dan beberapa jenis mineral lagi.

“KESAN PENGAMBILAN GULA PERANG SAMA SAJA SEPERTI PENGAMBILAN GULA PUTIH.”
Pengambilan kedua-dua jenis gula ini boleh membawa kepada masalah kesihatan yang kronik jika diambil secara berlebihan.
Molases / Nira/ Gula Merah/ Gula Organik
Merupakan bahan terakhir hasil daripada perahan tebu. Oleh itu, ia masih tinggi dengan kadar mineral dan vitamin. Molases tidak melalui proses bleaching seperti gula putih. Kurang manis dan mempunyai banyak kandungan mineral dan vitamin.

Molases adalah PILIHAN TERBAIK berbanding gula putih dan gula perang. TETAPI PENGAMBILAN SECARA BERLEBIHAN boleh mendatangkan kesan NEGATIF KEPADA KESIHATAN.
 
 
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X