Awas Jerebu!

Jerebu adalah satu fenomena apabila debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.

Larangan PEMBAKARAN TERBUKA telah dikuatkuasakan di seluruh negara serta merta berikutan fenomena jerebu.

Bagaimanapun ia dikecualikan untuk upacara pembakaran mayat (mengikut agama tertentu) , pembakaran bagi tujuan keagamaan, GRILL/BARBEKU dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring).

 

Selain melakukan aktiviti barbeku di kawasan luar, produk BBQ Malaysia masih boleh dinikmati dengan menggunakan oven dan Magic-Pan. Marilah kita bersama menyantuni masyarakat sekeliling walaupun aktiviti grill/BBQ adalah dikecualikan.

BBQ Malaysia menyarankan semua pelanggan kami :

  1. Mengurangkan aktiviti di luar rumah
  2. Menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) kepada semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan dan kepada mereka yang dikenalpasti berisiko tinggi.
  3. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  4. Menggunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan.
  5. Sentiasa minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  6. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik segera ke klinik jika penyakit semakin buruk.

“UDARA YANG BERSIH ADALAH HAK MILIK BERSAMA”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

X